ASSALAMUALAIKUM . SELAMAT DATANG

Tuesday 24 April 2012

Kesimpulannya

       Perancangan kewangan adalah penting untuk memberikan anda ketenangan fikiran, jaminan masa depan dan kualiti hidup yang lebih baik.
Perancangan kewangan sangat perlu untuk mencapai impian dan matlamat
 kehidupan anda. Menetapkan matlamat kewangan adalah penting
 untuk memperoleh jaminan hidup dan kebebasan kewangan. Matlamat
kewangan anda harus mencerminkan nilai dan kepercayaan anda.
 Menyediakan bajet dan menjejak aliran tunai anda merupakan
sebahagian daripada proses berterusan yang
memerlukan kesabaran,disiplin dan fleksibiliti.


Adalah amat penting untuk hidup mengikut kemampuan anda.

Saturday 14 April 2012

Ayuh ! berbelanja dengan bijak !



     Apabila anda ingin membeli sesuatu, tanyalah diri anda ---- Adakah saya memerlukannya ? Adakah saya mampu membelinya ? Bajet peribadi dan aliran tunai anda boleh menjawab soalan ini.
Semak terlebih dahulu sekiranya anda telah membuat peruntukan bagi pembelanjaan ini ataupun anda telah lebih berbelanja bagi bulan tersebut.

      Sekiranya, ini merupakan suatu kehendak, pertimbangkan untuk tidak membelinya atau belilah sesuatu yang serupa tetapi pada harga yang lebih murah supaya anda boleh menambah simpanan. Dengan berbuat demikian, anda telah berbelanja secara berhemah dan hidup mengikut kemampuan anda.
         Membuat pilihan munasabah ketika membeli dan berbelanja secara berhemah akan mencegah anda serta orang lain daripada menghadapi masalah kewangan. Mengendalikan kewangan peribadi anda secara bertanggungjawab adalah mudah jika anda mula belajar mengatakan "tidak"  sekiranya anda tidak mampu membelinya .

Langkah-Langkah Dalam Perancangan Kewangan

Terdapat lima langkah penting dalam proses perancangan kewangan :

1  Menilai kedudukan kewangan anda sekarang
2   Menetapkan maklumat
3  Menyediakan pelan kewangan
4   MELAKSANAKAN  PELAN TERSEBUT
5 Memantau dan menilai semula

Kenapa Anda Memerlukan Perancangan Kewangan ?

APA ITU PERANCANGAN KEWANGAN ?

Sekiranya anda ingin ke suatu destinasi---apa yang perlu anda lakukan?

Berbagai persoalan yang timbul pada diri anda :
anakah cara yang terbaik untuk ke sana ? Ada kesesakan lalu lintas ? Adakah lebih baik menaiki LRT atau bas, atau perlukah seseorang membawa saya ke sana ? Ternyata ada banyak pilihan yang boleh anda buat !

Justeru untuk mendapatkan pilihan terbaik, nilailah pilihan-pilihan yang sedia ada. Fikirkan apa yang perlu dan wajar anda lakukan, kemudian buatlah keputusan. langkah-lagkah sedemikian merupakan proses proses yang dikenali sebagai perancangan. Perancangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek, sederhana mahupun panjang.

begitulah juga dengan perancangan kewangan, cuma bezanya tempoh perancangan adalah lebih panjang. Sebaiknya, perancangan anda perlu menjangkau sehingga usia persaraan. Perancangan kewangan melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ini merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan, contohnya mendirikan rumah tangga, membeli kereta atau rumah, mendapat cahaya mata dan membiayai pembelajaran mereka .

Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, anda akan melihat bagaimana perlunya menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang anda sepanjang masa.

Monday 2 April 2012

Kesilapan Lazim Dalam Mengurus Wang

         Orang  lain sibuk menyimpan wang, anda juga bersemangat untuk menabung. Orang lain sibuk melabur di dalam bank berdaftar, anda pula melabur dalam skim cepat kaya. Akhirnya apabila habis duit dilaburkan untungnya entah kemana, Syarikat skim cepat kaya itu pulang tanpa khabar berita.Kedudukan kewangan yang stabil memberi impak baik untuk anda dan keluarga. Kita tidak tahu kecelakaan yang akan berlaku pada masa hadapan.  Dengan persediaan rapi, kesukaran itu mampu diatasi .

Gagal merancang
 
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah “saya sibuk
dengan kerja dan keluarga hingga tidak
sempat untuk menguruskan kewangan saya”. Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat merancang kewangan akan membolehkan anda menjadi seorang Berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari .

Berbelanja melebihi kemampuan
Ukur baju di badan sendiri. Pepatah itu memang sesuai buat anda yang sering lupa bajet kewangan yang telah ditetapkan. Memang seronok melihat rakan lain sibuk membeli-belah, tapi fikirkan dahulu kedudukan kewangan kita. Memilih dan berhutang memang mengasyikkan, tetapi apabila tiba masa untuk melangsaikan hutang, kita mula rasa tertekan. Sebelum tekalan darah semakin tinggi, beringat-ingatlah sejauh mana kemampuan kita.

Tidak menabung untuk waktu kecemasan.
Insurans adalah cara terbaik untuk menabung di hari tua. Selain dapat memberi jaminan kewangan yang baik, faedah yang ditawarkan syarikat insurans boleh menampung pembelanjaan pada hari tua. Faedahnya bukan untuk anda sahaja malah membantu keluarga mendapat sumber kewangan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini pada diri anda

Berbelanja menggunakan kad kredit.
Kad kredit adalah musuh utama kepada semua orang.
 Kad kredit adalah musuh semua orang .Kerana kad kredit,ada yang jatuh muflis. Kerana kad
kredit juga, ada yang snggup meminjam dari pinjaman
yang tidak berlesen atau “ah-long” dan
mempergadaikan nyawa sendiri atau keluarga.


Hidup Dengan Duit Yang Sedikit

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MENJADI CERMAT ?

Bercermat atau berjimat bermaksud mengurus kewangan untuk menyimpan. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimatkan masa, duit dan tenaga, dan apa yang hendak ditegaskan disini adalah sikap bercermat bukan bermakna menjadi kedekut atau “kiam-sap” seperti kata orang Hokkien.


BAGAIMANA UNTUK BERCERMAT ATAU BERJIMAT ?

Terdapat banyak cara untuk hidup dengan duit yang sedikit. Berikut adalah beberapa cadangan yang dapat membantu anda berhemat dengan wang anda :

Kurangkan pembelanjaan harian
Sebelum anda membeli sesuatu, Tanyalah diri anda : 
  • Adakah saya betul-betul perlukan ini ?
  • Bolehkah saya boleh membelinya ditempat lain pada harga yang lebih  murah ?
  • Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?
   
Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda
 Tidak menggunakan kereta dan dapat berjimat dari segi duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insurans kereta dan tol atau cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti lebih rendah


Tips Mengawal Nafsu Berbelanja



1 Jika merasakan dorongan yang kuat untuk membeli sebuah barang yang tidak masuk dalam senarai belanja, segera tinggalkan tempat tersebut
2 AMBILLAH WANG SECUKUPNYA UNTUK PERBELANJAAN SELAMA SEMINGGU, LALU TINGGALKAN KAD ATM DAN KAD KREDIT DI RUMAH.
3 Hindari kebiasaan pergi ke Kompleks membeli-belah atau ke mini market, jika memang tidak berniat untuk membeli sesuatu barang.
4  Jika stress, jangan pergi ke kompleks membeli-belah. Pergi sahaja ke spa tetapi pastikan bukan terletak di dalam kawasan tersebut. Anda akan merasakan relaks tanpa perlu membeli sesuatu .
5 Cari teman rapat yang mampu mengingatkan anda untuk tidak menuruti keinginan membeli barang setiap kali ke komples membeli-belah