ASSALAMUALAIKUM . SELAMAT DATANG

Monday, 2 April 2012

Adakah anda suka Berbelanja??

Memang bukan menjadi perkara luar biasa apabila wanita dikatakan suka berbelanja di luar kemampuan mereka. Wanita dikatakan amat suka berbelanja bukan kerana keperluan tetapi keinginan. Tawaran harga murah terus menghimpit kita untuk berbelanja di luar batas kemampuan. .Ia  biasanya kurang memiliki kawalan diri dalam melihat barang-barang yang bagus, dan kurang memiliki keutamaan yang jelas dalam berbelanja. Kebanyakan daripada mereka memiliki sindrom “Saya menginginkan barang itu sekarang”, yang
membuatnya tidak mampu menunda keinginan tersebut lalu, membeli
barang-barang melebihi pendapatannya, mengakibatkan hutang
tambahan yang tidak perlu, dan berbagai
pertengkaran dalam keluarga .





Setiap orang perlu mengetahui apakah anda termasuk suka berbelanja dengan melihat gejalanya dibawah ini :


 1BERBELANJA MENGIKUT PERASAAN KECEWA ATAU  DEPRESI
2 Memiliki masalah peribadi dan keluarga akibat cara berbelanja yang berlebihan
3  Sering bertengkar dengan orang lain kerana kebiasaan belanjanya
4Merasa  tidak lengkap jika tidak membawa kad kredit
5 Membeli barang-barang secara kredit jika tidak mampu membeli secara tuni
6 Sadar bahawa menghabiskan wang dirasakan sebagai perbuatan yang ceroboh dan dilarang
7 Merasa bersalah, malu, atau kebingungan setelah berbelanja
8 BERBOHONG KEPADA YANG LAIN, KHUSUSNYA PASANGAN TENTANG APA YANG DIBELI DAN BERAPA BANYAK WANG YANG SUDAH DIBELANJAKAN.
9 Sering keliru simpanan dan hutang untuk memenuhi keinginan berbelanja
10 Merasa tidak berdaya untuk mengatasi dorongan untuk berbelanja .


Uruskan kewangan anda dengan Bijak !


Berikut adalah beberapa tips asas untuk membantu anda menghindari tabiat boros berbelanja :

Jadilah pembeli bijaksana
Selalu meninjau harga barangan dan perhidmatan serta buatlah perbandingan harga. Adakah perlu untuk membeli barangan berjenama mahal ?. Apa salahnya membeli barangan generic keluaran jenama pasar raya yang lebih murah dan tidak kurang kualitinya?. Sediakan senarai barangan yang perlu dibeli.

Amalkan tabiat kitar semula.
Mengguna semula hiasan seperti langsir, alas kusyen dan butiran kecil seperti hiasan perayaan berdasarkan kreativiti dan inovasi anda serta keluarga. Cara ini turut membolehkan anda menjimatkan wang.
Buatlah persediaan sendiri
Rekodkan segala pembelanjaan anda. Kenal pasti perbelanjaan tetap dan berubah anda. Sekiranya anda mendapati anda telah berbelanja lebih, cuba hadkan perbelanjaan kepada apa yang perlu sahaja.

Beli apa yang anda perlu, buakn apa yang anda mahu
Perubahan gaya hidup akan memanfaatkan situasi kewangan anda. Pastikan anda membayar penuh bilk ad kredit anda sekiranya anda ingin menggunakan kad tersebut. Ini kerana baki hutang kad kredit yang dibawa ke bulan seterusnya akan dikenakann faedah kompaun, walaupun anda membayar bayaran minimum. Belanjalah untuk keperluan, bukan untuk barangan mewah.
Berseronoklah secara sederhana.
Berdisiplin dan menjadikan tabiat menabung tanpa mengira peristiwa atau waktu. Anda cuma memerlukan sedikit kreativiti dan rancangan. Anda boleh merayakan perayaan secara sederhana, yang paling penting ialah pertalian silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan

 Sediakan senarai bajet yang anda harus patuhi
Penyediaan bajet sebelum keluar  membeli belah sememangnya berguna. Satu senarai beli belah boleh membantu anda berbelanja mengikut peruntukan yang anda tetapkan. Apabila membuat bajet pastikan ia realistik. Memandangkan sumber kewangan anda terhad, kenal pasti perbelanjaan yang paling perlu terlebih dahulu



Dengan ini anda diharapkan akan membuat keputusan yang bijak. Ingat , sentiasalah amalkan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup .

Wednesday, 28 March 2012

Awal Bicara

 Assalamualaikum WB dan salam 1 Malaysia ,
tak pernah terlintas di hati nak buat blog
tapi ada lah jugak keinginan untuk buat 


saya buat blog ni sebab 
saya ada menyertai pertandinga buat Blog
di bawah kelab Pengguna dan Keusahawanan
baru saya tahu
susah jugak buat blog ni kan ?HAHA


BERHENTI MEMBELI BELAH, MULAKAN KEHIDUPAN
adalah tajuk yang diberikan,
membeli belah boleh membawa maksud sifat manusia
yang suka berbelanja dan membeli sesuatu barang untuk
memenuhi kehendak manusia,
disini saya mengesyorkan anda supa berhentilah
membeli-belah dan mulakan kehidupan