ASSALAMUALAIKUM . SELAMAT DATANG

Monday 2 April 2012

Uruskan kewangan anda dengan Bijak !


Berikut adalah beberapa tips asas untuk membantu anda menghindari tabiat boros berbelanja :

Jadilah pembeli bijaksana
Selalu meninjau harga barangan dan perhidmatan serta buatlah perbandingan harga. Adakah perlu untuk membeli barangan berjenama mahal ?. Apa salahnya membeli barangan generic keluaran jenama pasar raya yang lebih murah dan tidak kurang kualitinya?. Sediakan senarai barangan yang perlu dibeli.

Amalkan tabiat kitar semula.
Mengguna semula hiasan seperti langsir, alas kusyen dan butiran kecil seperti hiasan perayaan berdasarkan kreativiti dan inovasi anda serta keluarga. Cara ini turut membolehkan anda menjimatkan wang.
Buatlah persediaan sendiri
Rekodkan segala pembelanjaan anda. Kenal pasti perbelanjaan tetap dan berubah anda. Sekiranya anda mendapati anda telah berbelanja lebih, cuba hadkan perbelanjaan kepada apa yang perlu sahaja.

Beli apa yang anda perlu, buakn apa yang anda mahu
Perubahan gaya hidup akan memanfaatkan situasi kewangan anda. Pastikan anda membayar penuh bilk ad kredit anda sekiranya anda ingin menggunakan kad tersebut. Ini kerana baki hutang kad kredit yang dibawa ke bulan seterusnya akan dikenakann faedah kompaun, walaupun anda membayar bayaran minimum. Belanjalah untuk keperluan, bukan untuk barangan mewah.
Berseronoklah secara sederhana.
Berdisiplin dan menjadikan tabiat menabung tanpa mengira peristiwa atau waktu. Anda cuma memerlukan sedikit kreativiti dan rancangan. Anda boleh merayakan perayaan secara sederhana, yang paling penting ialah pertalian silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan

 Sediakan senarai bajet yang anda harus patuhi
Penyediaan bajet sebelum keluar  membeli belah sememangnya berguna. Satu senarai beli belah boleh membantu anda berbelanja mengikut peruntukan yang anda tetapkan. Apabila membuat bajet pastikan ia realistik. Memandangkan sumber kewangan anda terhad, kenal pasti perbelanjaan yang paling perlu terlebih dahulu



Dengan ini anda diharapkan akan membuat keputusan yang bijak. Ingat , sentiasalah amalkan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup .

No comments:

Post a Comment