ASSALAMUALAIKUM . SELAMAT DATANG

Saturday 14 April 2012

Kenapa Anda Memerlukan Perancangan Kewangan ?

APA ITU PERANCANGAN KEWANGAN ?

Sekiranya anda ingin ke suatu destinasi---apa yang perlu anda lakukan?

Berbagai persoalan yang timbul pada diri anda :
anakah cara yang terbaik untuk ke sana ? Ada kesesakan lalu lintas ? Adakah lebih baik menaiki LRT atau bas, atau perlukah seseorang membawa saya ke sana ? Ternyata ada banyak pilihan yang boleh anda buat !

Justeru untuk mendapatkan pilihan terbaik, nilailah pilihan-pilihan yang sedia ada. Fikirkan apa yang perlu dan wajar anda lakukan, kemudian buatlah keputusan. langkah-lagkah sedemikian merupakan proses proses yang dikenali sebagai perancangan. Perancangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek, sederhana mahupun panjang.

begitulah juga dengan perancangan kewangan, cuma bezanya tempoh perancangan adalah lebih panjang. Sebaiknya, perancangan anda perlu menjangkau sehingga usia persaraan. Perancangan kewangan melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ini merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan, contohnya mendirikan rumah tangga, membeli kereta atau rumah, mendapat cahaya mata dan membiayai pembelajaran mereka .

Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, anda akan melihat bagaimana perlunya menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang anda sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment